PERWAKILAN Pekanbaru telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi Tahun 2023 pada 20 Januari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Konsulat Malaysia. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Wan Nurshima binti Wan Jusoh, selaku Pengerusi PERWAKILAN Pekanbaru.
Pengerusi turut mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama erat para ahli keluarga yang terlibat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang Tahun 2022. Antara agenda mesyuarat termasuklah pengesahan minit mesyuarat, pembentangan aktiviti Tahun 2022, pembentangan laporan kewangan Tahun 2022, pelantikan ahli jawatankuasa bagi sesi 2023 serta perbincangan aktiviti bagi Tahun 2023.

