Mission News

MESYUARAT KOORDINASI PROGRAM KAYAK MELAKA DUMAI CHALLENGE 2010

29 July 2010 1 views

 

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka akan menganjurkan program Kayak Melaka Dumai Challenge 2010 pada 24 hingga 27 Jun 2010.  Program kayak ini akan melibatkan seramai 120 peserta.  Para peserta akan berkayak dari Melaka menuju ke Pulau Rupat.  Selain itu, para peserta juga akan mengadakan program kemasyarakatan di Dumai.  Memandangkan program kayak ini melibatkan Pemerintah Kabupaten Bengkalis dan Pemerintah Kota Dumai, maka Konsulat Malaysia di Pekanbaru telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan pada 24 Mei 2010 bertempat di Konsulat Malaysia Pekanbaru dan telah dihadiri oleh wakil daripada Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka, wakil Pemerintah Kota Dumai dan Bengkalis.

Share:
Link copied to clipboard
Back