Sukacita dimaklumkan bahawa semua pengeluaran visa ke Malaysia akan dikeluarkan oleh pihak VFS Global secara berperingkat.
Sebagai permulaan, pengeluaran visa kepada PELAJAR, EXPATRIATE dan bagi tujuan PERUBATAN (RAWATAN) kini boleh dibuat secara online di https://malaysiavisa.imi.gov.my/evisa/evisa.jsp ATAU hadir ke pejabat VFS terdekat. Senarai alamat bagi VFS di seluruh Republik Indonesia, procedure/checklist adalah seperti dilampirkan.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak VFS Global boleh dihubungi di talian berikut: +622130418729 atau email kepada info.myid@vfshelpline.com
Sehubungan itu, Konsulat Malaysia Pekanbaru TIDAK LAGI AKAN mengeluarkan visa bagi kategori di atas. Pengumuman yang melibatkan pengeluaran visa sosial/tenaga kerja juga akan dibuat dengan segera.
Terima kasih.





