Konsulat Malaysia Pekanbaru pada 31 Ogos 2022 telah menganjurkan Upacara Menaikkan Bendera sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-65 bertempat di lapangan Konsulat Malaysia. Tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah "Keluarga Malaysia Teguh Bersama".
Konsulat Malaysia turut mengadakan Mini Bazzar Merdeka bagi memeriahkan suasana sambutan. Bazaar ini terbuka kepada semua pengunjung tempatan bagi merasai dan menikmati juadah menu-menu masakan Malaysia.
Seramai kira-kira 100 orang yang hadir termasuk pelajar Malaysia, Warga Malaysia dan keluarga, Dinas-dinas kerajaan, Perhotelan serta orang tempatan.







