Sempena Sambutan Hari Malaysia, Konsulat Malaysia Pekanbaru pada 18 September 2022 telah menganjurkan "Nonton Bareng Mat Kilau" bersama-sama Rakyat Malaysia di Provinsi Riau khususnya di Pekanbaru bertempat di Cinepolis Living World Kota Pekanbaru.
Disamping dapat menjalinkan hubungan silaturrahim, program ini juga dapat memberikan kesan yang mendalam kepada semua penonton dalam menghayati erti perjuangan dan pengorbanan pahlawan-pahlawan negara.
Turut hadir kira-kira 100 orang yang terdiri dari Pelajar Malaysia, Rakyat Malaysia dan keluarga serta tetamu jemputan.





