Pusat Promosi Pendidikan Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah mengadakan Seminar Pendidikan Pengajian Tinggi Malaysia pada 29 Mac 2012, Khamis, jam 12.00 – 16.00 WIB bertempat di Hotel Pangeran, Kota Pekanbaru. Seminar ini dihadiri oleh Kepala-Kepala Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) dan Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri dan Swasta di Kota Pekanbaru dan beberapa Institusi Pengajian dari Malaysia. Yth. Ibu Hajah Indrawati Nasution, Staf Ahli yang mewakili Gubernur Riau telah hadir memberikan sambutan dan merasmikan seminar tersebut. Turut hadir, Wakil Walikota Pekanbaru, Yth. Bapak Ayat Cahyadi. Seramai 150 orang peserta telah menghadiri seminar ini. Seminar ini juga telah diserikan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Atas (SMA) Darma Yudha, Pekanbaru. |
Mission News
Seminar Pendidikan Pengajian Tinggi Malaysia
30 March 2012
1 views