Visa & Khidmat Konsuler
1. Saya ingin bekerja di Malaysia dan telah mendapat kelulusan bekerja daripada Pusat Servis Ekspatriat/ Visa Dengan Rujukan (MDEC/VDR). Bagaimanakah cara untuk saya masuk ke Malaysia?
Dalam tempoh penularan wabak COVID-19, pemohon perlu mengemukakan permohonan temujanji kepada Bahagian Imigresen di Konsulat Malaysia Pekanbaru melalui emel pekanbaru@imi.gov.my.
Setelah mendapat tarikh dan masa untuk temujanji, pemohon perlu mengambil ujian swab antigen (hasil negative dalam tempoh 2 hari sebelum temujanji) dan hadir sendiri ke Konsulat dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
- Mengisi borang permohonan Visa (di kaunter konsulat)
- Pasport asli & 1 salinan (kertas A4)
- KTP / ID asli & 1 salinan (kertas A4)
- Surat kelulusan MDEC / VDR & 1 salinan
- Surat kelulusan Mytravelpass & 1 salinan
- Pas photo ukuran 4x6 sebanyak 1 lembar
- Bayaran Visa RM15.00 (bayaran adalah dalam Rupiah dan mengikut kadar pertukaran semasa)
2. Saya ingin belajar di Malaysia dan telah mendapat kelulusan daripada EMGS/ Visa Dengan Rujukan. Bagaimanakah cara untuk saya masuk ke Malaysia?
Dalam tempoh penularan wabak COVID-19, pemohon perlu mengemukakan permohonan temujanji kepada Bahagian Imigresen di Konsulat Malaysia Pekanbaru melalui emel pekanbaru@imi.gov.my.
Setelah mendapat tarikh dan masa untuk temujanji, pemohon perlu mengambil ujian swab antigen (hasil negative dalam tempoh 2 hari sebelum temujanji) dan hadir sendiri ke Konsulat dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
- Mengisi borang permohonan Visa (di kaunter konsulat)
- Pasport asli & 1 salinan (kertas A4)
- KTP / ID asli & 1 salinan (kertas A4)
- Surat kelulusan EMGS / VDR & 1 salinan
- Surat kelulusan Mytravelpass & 1 salinan
- Pas photo ukuran 4x6 sebanyak 1 lembar
- Bayaran Visa RM15.00 (bayaran adalah dalam Rupiah dan mengikut kadar pertukaran semasa)
3. Saya adalah warganegara Indonesia yang berkahwin dengan warganegara Malaysia. Berikutan pandemik COVID-19 ini, kami tidak dapat berjumpa oleh kerana suami/ isteri berada di Malaysia. Bagaimanakah caranya untuk saya memohon visa suami / isteri sekiranya ingin ke Malaysia?
Dalam tempoh penularan wabak COVID-19, pemohon perlu mengemukakan permohonan untuk memasuki Malaysia melalui sistem MyTravelPass di pautan https://mtp.imi.gov.my/myTravelPass/main. Tempoh untuk berada di Malaysia adalah selama 1 bulan. Pemohon boleh merujuk kepada Pejabat Imigresen di Malaysia sekiranya terdapat keperluan untuk memanjangkan tempoh berada di Malaysia.
4. Saya telah membuat laporan polis mengenai kehilangan Pasport Malaysia Antarabangsa di Indonesia. Adakah saya boleh memohon dan menerima pasport baharu di Konsulat Malaysia Pekanbaru?
Tidak. Pengeluaran Pasport Malaysia yang baharu hanya boleh dibuat dan dikemukakan ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sahaja. Konsulat Malaysia Pekanbaru hanya boleh mengeluarkan Sijil Perakuan Cemas untuk individu pulang ke Malaysia (sah untuk sekali perjalanan).