Pada 12 September 2017, ahli Komisi D DPRD Kota Pontianak bersama-sama pegawai daripada agensi-agensi Pemerintah Daerah Kalimantan Barat berhubung tenaga pekerja telah berkunjung ke Konsulat Malaysia di Pontianak bagi membincangkan isu-isu mengenai tenaga pekerja asing Indonesia di Malaysia.
Di antara isu-isu yang telah dibincangkan adalah mengenai prosedur permohonan visa pekerjaan di Malaysia, usaha-usaha mengawal pendatang tanpa izin, prosedur mendeportasi pendatang tanpa izin dan program-program yang bakal diadakan di antara kedua-dua belah pihak, termasuk mengadakan lawatan kerja ke Kuching, Sarawak.
Pihak Konsulat dan ahli Komisi D DPRD Kota Pontianak bersetuju bahawa kerjasama di antara Malaysia dan Indonesia harus ditingkatkan dalam usaha menangani masalah pendatang tanpa izin bagi manfaat kedua-dua negara.