Encik Mohiuddin Ghazali, Konsul Malaysia di Pontianak telah membuat Kunjungan Hormat ke atas Drs. Cornelis, Gubernor Kalimantan Barat di Pejabat Gubernor pada 5 Februari 2015. Semasa kunjungan hormat tersebut, Konsul Malaysia telah mengemukakan surat lantikan beliau kepada Gubernor.
Kedua-dua Gubernor dan Konsul maklum bahawa hubungan di antara Konsulat Malaysia di Pontianak dan para pemimpin di Kalimantan Barat adalah baik dan bersetuju akan pentingnya ianya kekal di dalam masa hadapan. Mereka juga membincangkan usaha-usaha untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara Kalimantan Barat dan Malaysia.
Konsul Malaysia (kiri) mengemukakan cenderahati kepada Gubernor Kalimantan Barat