Encik Mohiuddin Ghazali, Konsul Malaysia di Pontianak telah membuat kunjungan hormat ke atas H. Sutarmidji, Walikota Pontianak di pejabat beliau pada 26 Februari 2016. Kunjungan hormat tersebut telah memberi peluang kepada Konsul dan Walikota untuk membincangkan mengenai pelbagai isu-isu yang berkepentingan bersama termasuklah bidang politik, ekonomi dan sosial di antara Malaysia dan Indonesia secara amnya dan diperingkat kota Pontianak serta Provinsi Kalimantan Barat khususnya.
Selain itu, Konsul juga telah mengambil peluang untuk memaklumkan kepada H. Sutarmidji mengenai ASEAN-China’s Entrepreneur’s Conference yang akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 12-13 Mei 2016 dan berharap ahli-ahli sektor swasta di Kalimantan Barat dapat menghadiri persidangan tersebut.