Pada 28 Mac 2016, Konsul Malaysia telah diwawancara oleh TVRI Kalimantan Barat (KALBAR) pada program Parlemen Bicara yang bertajuk “Sinergi Membangun Wilayah Perbatasan Indonesia-Malaysia”. Ianya telah diudarakan secara langsung pada 4.00-5.00 petang. Turut diwawancara adalah Bapak Retno Pramudya, bekas ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Kalbar dari 2009 hingga 2014.
Semasa sesi wawancara, antara isu-isu yang diketengahkan adalah mengenai peranan mekanisma SOSEK MALINDO dalam pengurusan isu-isu perbatasan Kalbar-Sarawak, peranan Pos Lintas Batas Negara di Entikong-Tebedu serta isu-isu jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah.