Mission News

#IMBAU KEMBALI: DEMONSTRASI MEMBUAT ROTI CANAI DI RUMAH MALAYSIA NEW DELHI/ #THROWBACK: ROTI CANAI DEMONSTRATION AT MALAYSIA HOUSE NEW DELHI

24 February 2025 1 views

Pada 22 Februari 2025 (Sabtu), Rumah Malaysia di New Delhi (kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik India) telah menjadi lokasi bagi sebuah demonstrasi kulinari istimewa yang diadakan khusus untuk HBS dan pasangan. Acara ini menampilkan dua chef berpengalaman dari Malaysia – Chef Irwan Mohd Nor dari Adabi Consumer Industries dan Chef Faridul Ataras dari Ibis Hotel KLCC.

Demonstrasi ini mengetengahkan teknik pembuatan roti canai dan dalcha (kuah dhal), dua hidangan ikonik yang sinonim sebagai sarapan kegemaran rakyat Malaysia. Para hadirin berpeluang menyaksikan sendiri kemahiran ‘menebar’ roti canai serta mempelajari resipi dalcha yang kaya dengan rasa dan aroma. Sesi interaktif ini bukan sahaja memeriahkan suasana, tetapi turut memberikan pendedahan langsung mengenai seni kulinari Malaysia. TYT Dato' Muzafar Shah Mustafa, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik India turut mencuba kemahiran menebar roti canai, menceriakan lagi suasana acara ini!

Selain mengeratkan hubungan komuniti antara HBS dan pasangan di New Delhi, acara ini juga memberikan peluang kepada para hadirin untuk mendalami seni pembuatan roti canai, yang bukan sahaja menjadi kegemaran rakyat Malaysia, tetapi turut diiktiraf sebagai sebahagian daripada Breakfast Culture yang telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai Intangible Cultural Heritage of Humanity.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Chef Irwan, Chef Faridul, serta semua HBS dan pasangan yang telah menjayakan program ini!

 

_____________________________________________________________________________________________

 

On 22 February 2025 (Saturday), the Malaysia House in New Delhi (official residence of the High Commissioner of Malaysia to the Republic of India) hosted a special culinary demonstration exclusively for HBS and their spouses. This event featured two highly experienced Malaysian chefs – Chef Irwan Mohd Nor from Adabi Consumer Industries and Chef Faridul Ataras from Ibis Hotel KLCC.

The demonstration highlighted the art of making roti canai and dalcha (dhal curry), two iconic dishes that are synonymous with Malaysia’s beloved breakfast culture. Attendees had the opportunity to witness firsthand the skill of ‘tebar’ (flipping) roti canai and learn the rich, aromatic recipe of dalcha. This interactive session not only enlivened the atmosphere but also provided valuable insights into Malaysian culinary traditions. H.E. Dato' Muzafar Shah Mustafa, High Commissioner of Malaysia to the Republic of India, also took part in flipping roti canai, adding to the excitement of the event!

Beyond strengthening the camaraderie among HBS and their spouses in New Delhi, this event also offered participants the chance to appreciate the craftsmanship behind roti canai – a dish cherished by Malaysians and officially recognised as part of the Breakfast Culture, which has been inscribed by UNESCO as an Intangible Cultural Heritage of Humanity.

A heartfelt appreciation to Chef Irwan, Chef Faridul, and all HBS and their spouses who contributed to the success of this programme!

 

#RotiCanai #SarapanMalaysia #MalaysianBreakfastCulture #MalawakilNewDelhi #ImbauKembali #Throwback

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back