Mission News

HARI BERSAMA PELANGGAN SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI, INDIA

25 April 2014 1 views

 Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi akan mengadakan Hari Bersama Pelanggan pada hari Khamis setiap minggu (kecuali jika terdapat cuti umum) dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Dewan Bangunan Canseri dalam usaha untuk mendekati rakyat Malaysia di New Delhi dan di bahagian Utara, Utara Timur, Utara Barat dan Tengah negara India. Para pelanggan boleh membuat urusan pertanyaan berhubung perkara-perkara berikut:-

 

1.            Urusan/Prosedur Pendaftaran Rakyat Malaysia di luar negara;

2.            Urusan permohonan dan pembaharuan pasport warganegara Malaysia;

3.            Permohonan Sijil Perakuan Kecemasan;

4.            Permohonan Sijil Kelakuan Baik;

5.            Pendaftaran Perkahwinan bukan Islam di luar negara;

6.            Pendaftaran Kelahiran di luar negara (Borang W);

7.            Pendaftaran kewarganegaraan anak kepada bapa warganegara Malaysia;

8.            Permohonan warganegara anak kepada ibu warganegara Malaysia;

9.            Pengesahan dokumen Malaysia dan India; dan

10.         Urusan Notari.

 

Sekiranya Tuan/Puan tidak dapat hadir sendiri ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, sebarang pertanyaan susulan boleh di alamatkan ke emel berkenaan: maldelhi@kln.gov.my

 

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India berharap agar Hari Bersama Pelanggan ini dapat dimanfaatkan oleh semua warganegara Malaysia bagi mendapatkan maklumat dan penjelasan berhubung sebarang kemusykilan terhadap prosedur-prosedur yang melibatkan rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara.

Share:
Link copied to clipboard
Back