Hari Keluarga STM New Delhi telah diadakan pada 27 Februari 2016, bertempat di Dewan Serbaguna dan padang STM New Delhi. Majlis ini telah diadakan dengan tujuan mengeratkan lagi hubungan siratulrahim pegawai dan penjawat awam STM New Delhi serta keluarga masing-masing.
Majlis ini telah disertai oleh semua 17 keluarga kakitangan homebased staff yang mana program dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan senaman tarian pocho-pocho dan joget selain dari ucapan aluan TYT Datuk Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan sesi bergambar besama peserta. Antara program yang dilaksanakan semasa majlis ini termasuk futsal, musical chair dan sukan rakyat.
Hari Keluarga 2016 STM New Delhi telah diadakan dalam suasana yang amat meriah. Penyertaan HBS sedikit sebanyak memenuhi matlamat memupuk serta menyemarakkan tali persahabatan dan semangat setiakawan. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh TYT Datuk Pesuruhjaya Tinggi Malaysia serta pemberian cenderamata kepada pemenang-pemenang acara sukan.