Majlis Makan Malam Tahunan STM New Delhi telah diadakan pada 26 November 2014, bertempat di Dewan Serbaguna STM New Delhi. Majlis ini telah diadakan dengan tujuan mengeratkan lagi hubungan pegawai dan penjawat awam STM New Delhi dengan masyarakat Malaysia setempat.
2. Acara tahunan ini disertai oleh 70 orang tetamu yang terdiri daripada pegawai serta kakitangan homebased staff, kakitangan ambilan tempatan (KAT) serta rakyat Malaysia sekitar New Delhi. Majlis Makan Malam Tahunan ini telah dimulakan dengan gimik pembukaan diikuti oleh ucapan aluan TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia. Acara ini diteruskan dengan acara karaoke, cabutan bertuah dan pemberian hadiah sempena Hari Sukan STM New Delhi yang diadakan pada 23 November 2014. Para hadirin kemudiannya dijemput menjamu selera dengan juadah yang disediakan oleh beberapa ahli PERWAKILAN. Antara hidangan yang disediakan merupakan nasi lemak, bihun goreng, kambing panggang, ayam goreng dan beberapa kudapan manis.
3. Majlis Makan Malam Tahunan STM New Delhi telah diadakan dalam suasana yang amat meriah. Penyertaan HBS, KAT serta rakyat Malaysia sedikit sebanyak memenuhi matlamat memupuk serta menyemarakkan tali persahabatan dan semangat setiakawan. Acara ini telah memberikan ruang kepada pihak Suruhanjaya Tinggi untuk beramah mesra dengan rakan sejawat serta peluang bagi para hadirin untuk berinteraksi dengan pegawai/kakitangan homebased staff, KAT dan rakyat Malaysia dalam suasana yang muhibah dan mesra.