Majlis Penyerahan Fasa Keseluruhan Projek Pembinaan Semula Kompleks Suruhanjaya Tinggi Malaysia, New Delhi telah diadakan pada 5 Disember 2015. Penyerahan Fasa Kedua ini melibatkan penyerahan kesemua 20 unit kuarters kakitangan HBS. Penyerahan tersebut adalah susulan daripada penyerahan fasa pertama pada 11 Jun 2015 yang pada ketika itu melibatkan penyerahan Bangunan Canseri, Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi, Dewan Serbaguna, serta kerja menaiktaraf 8 unit kuarters KAT sedia ada.
Majlis Penyerahan Fasa Keseluruhan ini telah disempurnakan dengan majlis penyerahan dokumen-dokumen rasmi serta sesi menandatangani dokumen penyerahan antara YBhg. Ar. Datuk Dr Amer Hamzah Mohd Yunus, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan TYT Datuk Naimun Ashakli Mohammad, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India.