Mission News

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1436 HIJRAH, 18 JULAI 2015

23 July 2015 1 views

 Malawakil New Delhi telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India pada Sabtu 18 Julai 2015. Majlis Sambutan Hari Raya berkenaan telah dikoordinasikan oleh pegawai serta kakitangan Homebased Staff (HBS) Suruhanjaya Tinggi Malaysia. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh En Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid selaku Kuasa Usaha Sementara diikuti oleh sembahyang sunat Aidilfitri yang di pimpin oleh Saudara Adnan Aboo Bakar, Setiausaha Ketiga Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang kemudiannya menyampaikan khutbah Aidilfitri yang disediakan oleh pihak JAKIM

 

Seramai lebih kurang 100 orang tetamu yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang bekerja dan melawat New Delhi, sahabat Malaysia yang beragama Islam, pegawai/kakitangan homebased staff dan kakitangan ambilan tempatan Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang beragama Islam dan agensi-agensi Malaysia di New Delhi serta ahli keluarga masing-masing telah hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Majlis Sambutan Hari Raya tahun ini telah diadakan dalam suasana sederhana danberjaya mencapai sebahagian daripada usaha memupuk dan memantapkan lagi imej kerajaan Malaysia di India dalam konteks mengeratkan tali persaudaraan sesama rakyat Malaysia yang hadir selain dari memberi peluang kepada semua warga Muslim Malaysia di New Delhi menunaikan Solat Sunat Aidilfitri secara berjemaah. Pada masa yang sama program ini memberi peluang bagi para hadirin untuk berinteraksi dengan pegawai HBS Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan agensi-agensi Malaysia di New Delhi dan keluarga masing-masing.

Share:
Link copied to clipboard
Back