Mission News

PEMAKLUMAN BERHUBUNG PELAKSANAAN PENDIGITALAN MALAYSIA PASS KEPADA ePASS

17 February 2025 1 views

Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan pelaksanaan penuh pendigitalan Malaysia Pass (MALPASS) kepada ePASS bagi permohonan ekspatriat. Pada masa ini, penggunaan ePASS bagi ekspatriat di Malaysia hanya terpakai untuk permohonan lanjutan sahaja.

Sehubungan itu, kemudahan imigresen kepada ekspatriat, termasuk pengeluaran Pas Penggajian, Pas Lawatan Ikhtisas - Pakar, Pas Residen - Talent, Pas Tanggungan, Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang, dan Pas Lawatan Kerja Sementara di bawah Bahagian Khidmat Ekspatriat, Jabatan Imigresen Malaysia, akan menggunakan ePASS. Langkah ini sejajar dengan usaha transformasi pendigitalan kerajaan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan. Pelaksanaan penuh ePASS akan bermula pada 1 Mac 2025.

Share:
Link copied to clipboard
Back