Mission News

RESEPSI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE- 57 SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA, NEW DELHI

12 September 2014 1 views

 RESEPSI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE- 57

SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA, NEW DELHI

 

Resepsi Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-57 oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah diadakan pada Isnin, 8 September 2014 bertempat di Hotel Taj, New Delhi. Tetamu Kehormat Kerajaan India pada pada resepsi berkenaan merukan Jeneral Bersara V.K Singh, (Minister of State for External Affairs). Turut hadir sebagai tetamu kehormat YB NRE dan YB TME II yang sedang dalam lawatan kerja ke India semasa resepsi dianjurkan. 

 

2.       Seramai 300 orang tetamu yang terdiri daripada Ketua-ketua Perwakilan Asing, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan India, ahli korporat tempatan, individu-individu tempatan yang berkepentingan antaranya para Ulamak, Pensyarah dan ahli  Akademik dan masyarakat Malaysia yang bekerja dan tinggal di sekitar New Delhi hadir pada resepsi berkenaan. Pada masa yang sama, Pegawai-pegawai Kedutaan berserta pasangan masing-masing dan para Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT) turut serta membantu dan menjayakan resepsi berkenaan. (Gambar-gambar seperti di lampiran)

 

3.         Acara dimulakan dengan sesi bertafakur (minute of silence) bagi memperingati penumpang-penumpang serta krew Malaysia Airlines MH 370 dan MH 17 sebelum acara diteruskan dengan pasukan pancaragam Tentera Udara India mempersembahkan lagu Kebangsaan negara India dan ‘Negaraku’.  Pasukan pancaragam turut menghiburkan para tetamu dengan dendangan musik instrumental yang sesuai didengar di majlis resepsi sebegini dan disambut positif dari para tetamu.

 

4.         Selain daripada persembahan pancaragam berkenaan, Suruhanjaya Tinggi Malaysia, dengan kerjasama Penerbangan Malaysia Berhad telah membawa satay ayam sebagai hidangan kepada para tetamu yang hadir di resepsi tersebut disamping makanan yang disediakan oleh pihak hotel seperti soto dan nasi ayam sebagai makanan Malaysia selain daripada makanan tempatan yang disajikan.

 

 

Suruhanjaya Tinggi Malaysia

New Delhi

9 September 2014

Share:
Link copied to clipboard
Back