Majlis Resepsi Sambutan Hari Kebangsaan ke-49 telah diadakan dengan jayanya pada 31 Ogos 2006 bertempat di Diwan-I-Am, Hotel Taj Mahal, New Delhi dari jam 7.30 malam hingga 9.30 malam. Tetamu kehormat, Mr. E. Ahamed, Minister of States for External Affairs, India tiba pada jam 8.00 malam. Lagu Kebangsaan India dan Lagu Negaraku dimainkan sejurus tetamu kehormat dan TYT DatoÂ’ Pesuruhjaya Tinggi berada di atas pentas. Seramai 350 orang tetamu hadir di Majlis Resepsi ini termasuk ketua-ketua Perwakilan asing, diplomat, pegawai-pegawai Kerajaan India, ahli-ahli perniagaan dan wartawan India. Beberapa rakyat Malaysia yang menjalankan tugas rasmi di New Delhi juga turut hadir di majlis ini. Para tetamu dijamukan dengan makanan termasuk nasi goreng, ikan Â’sweet and sourÂ’ dan kuih-muih Melayu seperti kuih ketayap, kuih lapis, onde-onde dan karipap.
Di samping menyambut Hari Kebangsaan, kesempatan majls ini digunakan untuk menjalin serta mengeratkan ‘networking’ dengan para tetamu yang hadir. Ia juga memberi kesempatan bagi mengenalpasti hubungan yang boleh dieratkan lagi termasuk perdagangan dan peluang-peluang perniagaan di India yang boleh diterokai dan dikembangkan.