Mission News

Sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

02 June 2006 1 views

Aturcara Majlis :

 

12.00 tengahari          -     Ketibaan para jemputan

 

12.15 tengahari          -     Ketibaan TYT DatoÂ’ Pesuruhjaya Tinggi Malaysia

                                              dan Datin

 

12.30 tengahari          -     Upacara menaikkan bendera dan nyanyian lagu Negaraku

 

12.40 tengahari          -     Jamuan makan tengahari dan ramah mesra

 

2.30 petang                 -     Bersurai

 

 

 

Majlis dimulakan dengan upacara menaikkan bendera Malaysia diiringi nyanyian lagu Negaraku oleh para hadirin yang terdiri daripada rakyat Malaysia di New Delhi, pegawai-pegawai dan kakitangan HBS beserta keluarga masing-masing, dan LRS Suruhanjaya Tinggi Malaysia, New Delhi.  Majlis berjalan dengan lancar dan meriah, dan dihadiri oleh hampir 130 orang warganegara Malaysia yang bekerja di New Delhi sama ada mereka yang menjalankan perniagaan sendiri ataupun bekerja dengan syarikat-syarikat asing di India.

 

Kesempatan majlis ini digunakan untuk beramah mesra antara TYT DatoÂ’ Pesuruhjaya Tinggi serta pegawai dan kakitangan HBS Suruhanjaya Tinggi dengan rakyat Malaysia yang berada di New Delhi sambil bertukar-tukar pengalaman dan pendapat di antara satu sama lain. Kesempatan ini telah digunakan oleh pegawai-pegawai di Perwakilan untuk mengetahui dengan lebih dekat projek-projek yang dijalankan dan perniagaan yang dikendalikan oleh warganegara Malaysia termasuk kebajikan mereka hidup di perantauan.  Para tetamu dijamukan dengan makanan Malaysia yang disediakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN, New Delhi.

 

Majlis Sambutan Hari Keputeraan SPB Yang di-Pertuan Agong merupakan satu-satunya peluang di mana rakyat Malaysia dapat berkumpul untuk menyambut Hari Keputeraan SPB Yang di-Pertuan Agong sambil menaikkan semangat kewarganegaraan melalui nyanyian bersama lagu Negaraku.  Di kalangan yang hadir adalah satu keluarga rakyat Malaysia berketurunan India yang telah menetap di India selama lebih 20 tahun.  Ini memberi peluang untuk beliau mengetahui perkembangan yang berlaku di tanah air di samping  berkongsi pengalaman berada di India serta peluang bergaul dan berinteraksi dengan rakyat Malaysia lain yang berada di New Delhi.

 

Hadirin memuji langkah pihak Suruhanjaya Tinggi menganjurkan majlis seperti ini kerana ia memberi mereka peluang untuk berinteraksi dengan pihak Kerajaan melalui Suruhanjaya Tinggi dan berjumpa dengan warganegara Malaysia lain yang menetap di India.  Mereka menyarankan agar pihak Suruhanjaya Tinggi lebih kerap menganjurkan perjumpaan seperti ini.

Share:
Link copied to clipboard
Back