Mission News

Majlis Dialog Antara Duta Besar Dengan Masyarakat Malaysia Lucan, Dublin

21 February 2012 1 views

Satu majlis dialog antara TYT Duta Besar, Dato’ Ramli Naam dengan masyarakat Malaysia yang menetap di Lucan, Dublin telah diadakan pada 18 Februari 2012. Majlis dialog ini berkisar kepada peranan Kedutaan Besar Malaysia di Ireland dan juga peranan rakyat Malaysia yang berada di Ireland. Majlis telah diadakan di sebuah dewan sekolah tempatan di Lucan Village dengan dihadiri lebih kurang 25 orang.

 
            Semasa sesi dialog ini, TYT Duta Besar mengambil peluang menjelaskan peranan dan tanggungjawab Kementerian Luar Negeri serta dasar luar Malaysia. Penerangan juga diberikan tentang fungsi Kedutaan Besar Malaysia dalam konteks hubungan duahala Malaysia/Ireland serta tanggungjawab Kedutaan kepada warga Malaysia yang berada di Ireland. Diakhir sesi dialog ini, TYT Duta Besar menasihatkan warga Malaysia tentang tanggungjawab mereka dalam menjaga imej dan nama baik negara.
 
in pictures.....
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back