Pada 19 May 2012 pegawai-pegawai di Kedutaan Besar Malaysia Jordan dan ahli PERWAKILAN telah menyertai aktiviti kebudayaan dan jualan bertempat di Zaha Cultural Center Amman. Kedutaan Besar Malaysia di Jordan dan Ahli Perwakilan telah melibatkan diri dalam membuat beberapa persembahan iaitu Fashion Show pakaian yang berunsur etnik daripada Sabah dan Sarawak diiringi dengan nyanyian oleh TYT Dato’ Abdul Malek Bin Abdul Aziz Duta Besar Malaysia ke Jordan dan juga isteri beliau. Di samping itu, pelajar-pelajar Malaysia juga tidak ketinggalan mempersembahkan silat kepada penonton yang hadir. Tetamu kehormat pada festival itu adalah Princess Sana'a yang berkesempatan untuk melawat tapak jualan Malaysia.
Penyertaan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan imej dan memperkenalkan kebudayaan Malaysia di persada antarabangsa.