Kejohanan Persahabatan Ping Pong anjuran Kedutaan Republik Indonesia di Jordan telah diadakan pada 18 Jun 2011 bertempat di American Modern School, Amman. Kejohanan dibahagikan kepada 5 kategori iaitu perseorangan lelaki dan perempuan, bergu lelaki dan perempuan serta ketegori utama perlawana diantara Ketua-Ketua Perwakilan ASEAN.
Karnival Sukan ASEAN 2011 adalah salah satu program yang dirancang bagi memupuk semangat setiakawan dan kesukanan dikalangan negara-negara ASEAN di Jordan. Penyertaan negara-negara jemputan dari Kedutaan Korea, Jepun dan Republik China turut memeriahkan kejohanan di atas.
TYT Dato' Abdul Malek Abdul Aziz, Duta Besar Malaysia ke Jordan telah mengetuai kontijen Malaysia pada kejohanan tahun ini. Malaysia telah menjuarai tiga hadiah pertama daripada lima kategori yang dipertandingkan. Syaba Malaysia.
Duta Besar Malaysia ke Jordan, TYT Dato' Abdul Malek Abdul Aziz dan
Datin Jamilah Talib bersama-sama wakil-wakil kontijen Malaysia
TYT Duta Besar Malaysia berpasangan dengan TYT Duta Besar Indonesia
dalam perlawanan utama.
Aksi perseorangan lelaki ketika menentang wakil dari Republik China
Malaysia Boleh!
Duta Besar Malaysia Ke Jordan, TYT Dato' Abdul Malek Abdul Aziz dan
Datin Jamilah Talib bersama-sama pemenang-pemenang kejohanan