Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia se Jordan kali ke-5 telah diadakan dari 5-7 April bertempat di Universiti Mu’tah. Lebih 800 mahasiswa Malaysia dari setiap zon di Jordan iaitu Irbid, Mafraq, Mu’tah dan Amman telah hadir untuk menyertai dan memberi sokongan dalam pelbagai acara dan kategori sukan seperti bola sepak, pingpong, bola jaring, catur, bola tampar, badminton dan tarik tali. Disamping itu pertandingan permainan tradisional seperti sepak raga, sepak takraw dan silat turut dipertandingkan.
KARISMA V telah dianjurkan bersama oleh Kedutaan Besar Malaysia, Education Malaysia Jordan dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ). Diantara pertandingan menarik adalah pertandingan bola sepak Piala Pusingan Duta dan bola jaring bagi merebut piala pusingan Perwakilan. Disamping acara sukan, para mahasiswa turut juga turut menikmati makanan dari gerai-gerai bazaar makanan dan juga majalah-majalah terbitan Malaysia yang dijual oleh para mahasiswa sendiri.