Mission News

LAPORAN KEJADIAN LETUPAN BOM MORTAR DI BANDAR RAMTHA

28 June 2015 1 views

Pada 25 Jun 2015, sebutir bom mortar telah jatuh dan meletup di bandar Ramtha menyebabkan seorang terbunuh dan empat lagi tercedera sebagaimana yang dilaporkan oleh media Jordan.  Pemuda yang terbunuh adalah pelajar fakulti Kejuruteraan Universiti JUST, Irbid.  Menurut sumber, peluru mortar ini dipercayai di tembak oleh pihak yang bertelagah di kawasan sempadan Syria-Jordan berhampiran bandar Ramtha.  Tidak seperti meriam, senjata bantuan jenis mortar kurang ketepatan dan pelurunya akan jatuh secara londaran dan satu darinya telah jatuh di bandar Ramtha. 

 

Keadaan keselamatan disempadan terus dalam keadaan terkawal dan Perdana Menteri Abdullah Ensour dan Menteri Dalam Negeri Salameh Hammad  turut melawat kawasan kejadian.

 

Pihak Kedutaan Besar Malaysia menasihatkan pelajar-pelajar agar tidak mengadakan sebarang urusan samada rasmi atau tidak rasmi di bandar-bandar berhampiran sempadan termasuk melawat ke kem-kem pelarian di sempadan Syria buat masa ini.  Pihak Kedutaan akan memaklumkan situasi keselamatan dari masa ke semasa. 

Share:
Link copied to clipboard
Back