Tuan Haji Abdul Walid bin Abu Hassan, Hakim Besar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, telah mengetuai delegasi Lawatan Kerja ke Jordan pada 14- 18 Mei 2012. Semasa lawatan tersebut, delegasi ingin menjalankan penyelidikan dalam bidang Syariah di Mahkamah Syariah Jordan. Lawatan ini adalah antara dasar transformasi penyelidikan mengenai sistem syariah di Malaysia.
Duta Besar Malaysia ke Jordan, Dato’ Abdul Malek Abd Aziz menerima kunjungan hormat dari delegasi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan serta menyatakan hasrat dan sokongan yang tinggi dalam usaha penyelidikan dalam sistem syariah di Malaysia.