YB Dato' Hasan bin Malek, Timbalan Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta delagasi telah melakukan lawatan kerja ke Jordan pada 19 -21 Disember 2011. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama antara MARA dan universiti-universiti di Jordan.
YB Timbalan Menteri dan delegasi melakukan pertemuan dengan President University of Yarmouk dan Jordan University of Science and Technology di Irbid, Jordan. YB Dato' Hassan dan TYT Duta Besar, Dato' Abdul Malek Abdul Aziz serta delegasi telah meluangkan masa untuk bertemu dan beramah mesra bersama pelajar-pelajar Malaysia di bawah tajaan MARA dalam satu program yang diatur oleh Kedutaan Besar Malaysia di Jordan dan Education Malaysia.
Pada 20hb Disember 2011, YB Dato' Hassan dan delegasi mengunjungi pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan. Ketibaan YB Timbalan Menteri dan delegasi telah disambut oleh TYT Duta Besar bersama-sama pegawai-pegawai kedutaan.