TYT Dato' Abdul Malek Abdul Aziz, Duta Besar Malaysia ke Jordan telah mengadakan Majlis Jamuan Makan Malam bagi meraikan YB Timbalan Speaker Dewan Negara, Senator Datuk Armani Mahiruddin dan delegasi dari Parlimen Malaysia bertempat di Rumah Malaysia pada 20 Jun 2011. YB Timbalan Speaker Dewan Negara dan delegasi dalam rangka lawatan kerja ke Jordan dari 19-23 Jun 2011.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan. Kesempatan ini telah diambil oleh YB Senator Datuk Armani Mahiruddin dan delegasi untuk beramah mesra dengan lebih dekat lagi dengan pelajar dan rakyat Malaysia di Jordan. Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah dari Malaysia dan tempatan.
YB Senator Datuk Armani Mahiruddin beramah mesra bersama- sama
pelajar Malaysia
Cenderahati dari TYT Dato' Abdul Malek Abdul Aziz kepada YB Senator
Datuk Armani Mahiruddin
YB Senator Datuk Armani Mahiruddin bersama-sama TYT Duta Besar dan
isteri serta tetamu jemputan
TYT Duta Besar dan isteri bersama-sama delegasi Parlimen dan diplomat asing
di Jordan
Delegasi dari Parlimen Malaysia sedang beramah mesra bersama-sama
tetamu jemputan.