Mission News

MALAM ANEKA RAGAM 2012

21 January 2013 1 views

Pada 31 Disember 2012, Kedutaan Besar Malaysia, Jordan dengan kerjasama Perwakilan Amman telah mengadakan Malam Aneka Ragam 2012 bertempat di Rumah Malaysia. Aktiviti tahunan ini telah menyatukan kesemua kakitangan HBS dan PAT serta keluarga di Malawakil Amman dengan satu tujuan iaitu merapatkan hubungan mesra di antara satu sama lain.

 

Aktiviti dimulakan dengan ucapan dari Duta Besar Malaysia ke Jordan, TYT Dato' Abdul Malek Abdul Aziz dimana Duta Besar mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih di atas prestasi dan kerjasama kesemua kakitangan Malawakil Amman di dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pada tahun 2012 dan berharap agar kerjasama ini akan dapat dipertingkatkan lagi pada tahun 2013.

 

Seterusnya ucapan ringkas dari Presiden Perwakilan Amman, Datin Jamilah Talib. Malam Aneka Ragam telah dimeriahkan dengan permainan seperti "Musical Chair', Spot Dance', Bingo, Spot Dance dan lain-lain lagi. Kesemua yang hadir menyertai permainan-permainan yang dianjurkan.

 

Aktiviti diteruskan dengan persembahan khas oleh TYT Duta Besar dan anaknya dan diakhiri dengan penyampaian hadiah dan acara bergambar. Semoga tahun 2013 akan merapatkan lagi ukhwah dan kerjasama di antara kesemua kakitangan dan keluarga Malawakil Amman.

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back