Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia SeJordan 2012 - PERTAMA 2012 telah diadakan pada 24-25 Februari, 2012 bertempat di Universiti Yarmouk, Irbid dan dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia, Dato’ Abdul Malek Abdul Aziz.
PERTAMA 2012 yang dianjurkan bersama Kedutaan Besar Malaysia, Education Malaysia Jordan dan Persatuan Mahasiswa Irbid membawa penampilan khas Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbulah dari University Malaya, Ustaz Nazrey Johari – bekas ahli Kumpulan Nasyid Raihan dan Ustaz Anhar Opir dengan pembentangan beberapa kertas kerja melalui bengkil yang membawa tema “ Media dan Hiburan: Urgensi dan Cabaran Semasa”. PERTAMA 2012 turut mengadakan Malam Appresiasi Seni Mahasiswa nasyid yang berjaya menampil bakat-bakat hebat para mahasiswa Malaysia di Jordan. Duta Besar turut mempersembahkan sebuah lagu “ Insan Mulia” disamping penampilan penyanyi nasyid terkenal Ust. Nazrey Johari.