Mission News

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KEPADA PELARIAN RAKYAT SYRIA (FASA KEDUA)

22 January 2013 1 views

 

Kedutaan Besar Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pelajar Malaysia di Jordan telah mengadakan Misi Bantuan Kemanusiaan pada 13, 14 dan 16 Januari 2013 yang lalu. Misi fasa kedua ini telah mengagihkan barang-barang bantuan seperti makanan, tilam, peralatan sekolah dan pek kesihatan kepada rakyat pelarian Syria khasnya. Aktiviti ini adalah susulan daripada Misi Bantuan Kemanusian Kepada Rakyat Syria oleh Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) pada bulan Oktober tahun lepas.

 

TYT Duta Besar, Dato’ Abdul Malek Abdul Aziz meluangkan masa melawat rumah-rumah kebajikan di beberapa tempat sekitar Jordan seperti di Irbid, Amman, Mafraq dan Mu’tah untuk menyampaikan bantuan kepada pelarian rakyat Syria. Turut bersama menyampaikan bantuan kemanusiaan ialah Datin Jamilah Talib, Pengerusi Perwakilan Amman dan juga para pegawai Kedutaan. Usaha ini juga adalah kerjasama bersama pihak Jordan Hashemite Charity Organization (JHCO) dan juga badan-badan kebajikan islam Jordan.

 

Sambutan dan kerjasama dari pelajar-pelajar Malaysia di Jordan semasa aktiviti pengagihan bantuan kemanusiaan ini amat mengalakkan. Ini adalah satu usaha pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jordan untuk merapatkan hubungan di antara penduduk tempatan dengan para mahasiswa Malaysia.

 

Bantuan yang sama turut disalurkan kepada rumah-rumah persatuan pelajar Malaysia di Jordan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Share:
Link copied to clipboard
Back