Mission News

Nasihat Kedutaan Berkaitan Situasi Keselamatan di Jordan

17 December 2017 1 views

 — Nasihat Kedutaan berkaitan Situasi Keselamatan di Jordan —


Ingin dimaklumkan bahawa demonstrasi besar-besaran sebagai memperjuangkan hak Baitulmuqaddis dijangka akan diadakan di pusat-pusat bandar di serata Jordan selepas solat Jumaat esok, 15 Disember 2017.

 

2. Kawasan-kawasan di Amman yang dijangka terlibat termasuklah Downtown Balad dan Kedutaan Amerika Syarikat di Abdoun.

 

 

3. Sehubungan itu, rakyat Malaysia di Jordan adalah dinasihati untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga, termasuklah mengelakkan kawasan perhimpunan orang ramai bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

 

Terima kasih.

Share:
Link copied to clipboard
Back