Untuk makluman semua Warga Malaysia yang menetap/belajar di Negara Jordan adalah dimohon untuk mengemaskinikan maklumat peribadi dan dokumen perjalanan seperti Pasport Antarabangsa Malaysia (PMA), iqamah tempatan serta dokumen-dokumen penting yang berkaitan.
Semua rakyat Malaysia di Jordan dimohon untuk memeriksa tempoh sah lakunya visa tempat tinggal masing-masing dan iqamah tempatan dari masa ke semasa. Sekiranya visa tempat tinggal atau iqamah tempatan akan tamat tempoh sah lakunya, mohon kerjasama semua untuk membuat permohonan pembaharuan visa/iqamah tempatan dengan pihak berkuasa Jordan dengan KADAR SEGERA. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang implikasi undang-undang pada masa akan datang.
Semua rakyat Malaysia juga hendaklah memastikan tempoh sahlaku pasport tidak kurang daripada 6 bulan sebelum pemegangnya membuat perjalanan ke luar negara atau pulang ke Malaysia.
Pihak Kedutaan menasihatkan semua rakyat Malaysia di Jordan supaya memastikan dokumen perjalanan, visa tempat tinggal dan iqamah tempatan sentiasa dikemaskini.
Kedutaan Besar Malaysia
Amman, Jordan
23 Ogos 2016