NOTIS PEMBERITAHUAN
Adalah dimaklumkan bahawa Pengundi Pos Di Luar Negara bagi rakyat Malaysia di Jordan akan diadakan seperti berikut;
Tarikh : 28 April 2013 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Kedutaan Besar Malaysia,
ABDOUN, Amman, Jordan
Kepada semua rakyat Malaysia yang telah membuat permohonan pertukaran status kepada Pengundi Tidak Hadir (PTH) di Suruhanjaya Piliharaya Malaysia, pemohon dijangka boleh menyemak status permohonan tersebut di laman sesawang SPR (www.spr.gov.my) bermula pada 19 April 2013.
Semasa hari pengundian, pengundi yang layak dikehendaki untuk membawa Kad Pengenalan atau Pasport Antarabangsa (salinan tidak diterima).
Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kenyataan Media di laman sesawang SPR (http://www.spr.gov.my/webspr/PDF/Kenyataan_Media_Undi_Pos_Luar_ Negara.pdf).
Kedutaan Besar Malaysia
Amman, Jordan
17 April 2013