Mission News

PEMANSUHAN PEMBERIAN PELANJUTAN TEMPOH LUPUT PASPORT ANTARABANGSA MALAYSIA BAGI RAKYAT MALAYSIA YANG MENETAP DI LUAR NEGERI

20 April 2022 1 views

Memandangkan situasi terkini pintu masuk negara telah dibuka sepenuhnya dan kerajaan telah mengisytiharkan peralihan ke fasa endemik, mulai 1 Mei 2022, Jabatan Imigresen Malaysia mengambil keputusan untuk menamatkan kemudahan Pemberian Pelanjutan Tempoh Luput Pasport Antarabangsa Malaysia Bagi Rakyat Malaysia Yang Menetap di Luar Negara.  

Oleh yang demikian, semua permohonan pembaharuan atau gantian pasport yang akan dan telah tamat tempoh atau hilang hendaklah dikemukakan ke Pejabat Kedutaan Besar dengan disertakan dokumen dan bayaran yang ditetapkan seperti pautan laman sesawang berikut;

 

https://www.imi.gov.my/portal2017/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa.html

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back