PENGUMUMAN PENTING:
Berikutan pengumuman mengejut oleh Kerajaan Jordan untuk menghentikan penerbangan masuk dan keluar dari Jordan mulai 17 Mac 2020, pihak Kedutaan menasihatkan agar pelancong-pelancong Malaysia yang kini berada di Jordan untuk segera menghubungi syarikat penerbangan yang berkaitan bagi menyegerakan tarikh penerbangan pulang ke Malaysia. Ini adalah bagi mengelakkan pelancong-pelancong Malaysia terkandas di Jordan.
Pihak Kedutaan juga menasihatkan rakyat Malaysia untuk menangguhkan perjalanan/lawatan ke Jordan buat sementara waktu. Sebarang perkembangan terkini mengenai nasihat perjalanan ke Jordan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Kedutaan Besar Malaysia
Amman, Jordan
14 Mac 2020