Mission News

Perkahwinan Warganegara Malaysia Yang Berugama Islam di Jordan

16 August 2016 1 views

1.   Warganegara Malaysia yang beragama Islam yang berhasrat untuk berkahwin di Jordan perlu memohon Surat Kebenaran/Surat Perakuan samada bujang atau pernah berkahwin daripada Jabatan Agama Islam di Malaysia.

 

2.   Surat Kebenaran untuk berkahwin di Jordan daripada Malaysia diperlukan bagi mengelakkan dikenakan bayaran denda/penalti samasa mendaftarkan perkahwinan di jabatan Agama Islam di Malaysia.

 

3.   Surat Pendaftaran Perkahwinan Jordan hendaklah diperakukan/disahkan oleh Kementerian Luar Negara Jordan sebelum diendos oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia di Amman.

 

4.    Berkahwin di Jordan tanpa memperolehi dahulu Surat Kebenaran untuk berkahwin di luar negara dari Malaysia, walaupun Surat Pendaftaran Perkahwinan Jordan telah diendoskan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Amman dan disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri Malaysia, di Putrajaya, Mahkamah Syariah di Malaysia akan mengenakan bayaran denda/penalti maksimum antara RM1,000 - RM 3,000 seorang ke atas pasangan semasa memohon untuk mendaftarkan perkahwinan di Jabatan Agama Islam di Malaysia secara sah.

 

5.   Prosidur di atas perlu dipatuhi bagi memastikan taraf anak-anak yang bakal dilahirkan daripada pasangan yang berkahwin adalah sah mengikut hukum dan peraturan yang ditetapkan.  Ini adalah bagi mengelakkan menghadapi masalah tuntutan sekiranya bercerai atau berlaku kematian.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back