Mission News

PERKHIDMATAN BAYARAN UJIAN PENGESANAN COVID-19 DAN KOS KUARANTIN MELALUI MySafeTravel ATAU APLIKASI MyQr BY MYEG

22 November 2020 1 views

Bagi mempelbagaikan kaedah bayaran caj ujian pengesanan COVID-19 dan kos kuarantin ke atas individu-individu yang masuk ke Malaysia melalui pintu masuk antarabangsa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Syarikat MyEg Services Berhad telah mewujudkan terimaan bayaran secara dalam talian (online) iaitu melalui Sistem MySafeTravel (https://safetrael.myeg.com.my) atau Aplikasi MyQr by MyEG.

Melalui sistem tersebut, bermula 15 November 2020, warganegara asing yang dibenarkan dan akan mengadakan perjalanan ke Malaysia adalah diwajibkan untuk membuat bayaran secara dalam talian sebelum berlepas ke Malaysia.

Manakala warganegara Malaysia yang akan pulang ke tanah air adalah digalakkan untuk menggunakan aplikasi tersebut bagi urusan pembayaran caj ujian pengesanan COVID-19 dan kos kuarantin. Bukti pembayaran perlu dikemukakan kepada petugas kaunter apabila tiba di pintu masuk antarabangsa, sebelum menjalani ujian pengesanan COVID-19 dan penempatan di stesen kuarantin.

Sistem tersebut dapat mengurangkan kesesakan di pintu masuk antarabangsa, selain memudahkan urusan bayaran kos-kos yang terlibat. 

Share:
Link copied to clipboard
Back