PERMOHONAN UNDI POS PRU DEWAN NEGERI JOHOR KE-15
https://www.spr.gov.my/ms/pusat-media/berita/permohonan-undi-pos-pru-dewan-negeri-johor-ke-15
PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1A (DALAM NEGARA)
Permohonan undi pos Kategori 1A bagi PRU Dewan Negeri Johor Ke-15 ini adalah untuk pemilih-pemilih dalam kategori berikut:
- Ahli / Pegawai SPR;
- Petugas Pilihan Raya;
- Petugas Media yang membuat liputan berkaitan pilihan raya;
- Anggota Tentera yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal; dan
- Anggota Polis yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal.
KAEDAH MEMOHON:
Sila kemukakan Borang 1A yang telah lengkap diisi kepada Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya di mana pengundi akan mengundi. Klik sini untuk muat turun Borang 1A.
PERMOHONAN UNDI POS SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) – KATEGORI 1B DAN 1C
Permohonan undi pos secara atas talian (online) bagi PRU Dewan Negeri Johor Ke-15 ini adalah terbuka bagi pemilih-pemilih yang layak untuk memohon bagi Kategori 1B (Luar Negara) dan Kategori 1C (9 Agensi). Syarat-syarat permohonan bagi setiap Kategori adalah seperti berikut:
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
- Kategori 1B (Luar Negara)
- Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya Dewan Negeri di dalam negeri Johor; dan
- Bermastautin di luar negara.
Syarat-syarat kelayakan pengundi pos Kategori 1B (Luar Negara) seperti yang dilaksanakan sebelum ini telah dimansuhkan:
- Bermastautin di luar negara kecuali di Wilayah Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
- Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima (5) tahun sebelum tarikh pembubaran Dewan Negeri yang sedang berkuat kuasa.
- Kategori 1C (9 Agensi)
- Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya Dewan Negeri di dalam negeri Johor;
- Merupakan anggota Agensi berikut:
- Anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PVR);
- Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
- Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);
- Anggota Jabatan Penjara Malaysia;
- Anggota Jabatan Kesihatan;
- Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM);
- Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM);
- Anggota Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA);
- Anggota Jabatan Pendaftaran Negara – Urban Transformation Centre (UTC).
- Tidak dapat hadir mengundi kerana bertugas pada Hari Mengundi semasa PRU Dewan Negeri Johor Ke-15.
KAEDAH MEMOHON:
- Mendaftar akaun MySPR Daftar di https://mysprdaftar.spr.gov.my/
- Memohon undi pos melalui MySPR Daftar. Klik sini untuk Panduan Permohonan Undi Pos.
PERTANYAAN BERKENAAN UNDI POS:
Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP)
Aras 5, Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel : +603 8892 7080
Faks : +603 8892 7361 / 7360
Email : upup@spr.gov.my