Mission News

PERTANDINGAN MALAM SENI BUDAYA

15 July 2012 1 views

 

Pertandingan Malam Seni Budaya diantara Mahasiswa  di Jordan telah diadakan bersempena dengan Karnival Sukan Mahasiswa se Jordan KARISMA V 2012 pada 6 April, 2012 bertempat di Universiti Mu’tah dengan kerjasama Kedutaaan Besar Malaysia, Education Malaysia Jordan (EMJ) dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPPMJ). Beberapa kategori pertandingan iaitu teater, dikir barat, nasyid dan video cerita pendek dipertandingkan sebagai medan untuk mahasiswa dari setiap zon di Jordan mempamerkan bakat masing-masing selain merapatkan hubungan diantara para mahasiswa dan pihak Kedutaaan.

 

Pertandingan  tersebut mendapat sambutan  yang amat membanggakan dan berjaya mengasah bakat-bakat yang tersedia ada untuk memperkaya dan menanam  nilai-nilai budaya seni Islam dan Malaysia khususnya disamping meningkatkan kemahiran dari aspek pengurusan dikalangan para mahasiswa di Jordan.

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back