Mission News

Prosedur Berurusan Rasmi di Kedutaan

01 February 2020 1 views

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa dalam usaha menjamin keselamatan premis Kedutaan dan persekitarannya, pelawat-pelawat yang mempunyai urusan rasmi di Kedutaan akan dimohon untuk memenuhi beberapa prosedur keselamatan di pintu pagar utama Kedutaan, termasuk yang berikut:

 

(i)    Mengemukakan dokumen pengenalan diri;

(ii)   Menjelaskan tujuan lawatan ke Kedutaan;

(iii)   Pengiring-pengiring (yang tidak mempunyai urusan rasmi) akan turut diminta untuk mengemukakan dokumen pengenalan diri.

 

Kerjasama baik tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back