Mission News

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54 di Hotel Le Royal, Amman, Jordan, 14 September 2011

24 October 2011 1 views

 

Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jordan telah mengadakan majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 bertempat di Hotel Le Royal, Amman pada 14 September 2011. Hampir 300 tetamu telah menghadiri majlis di atas yang terdiri daripada diplomat-diplomat asing, pegawai-pegawai kanan dan para kenamaan tempatan, Alumni MTCP, para pelajar dan rakyat Malaysia di Jordan.

 

Sambutan dimulai dengan alunan lagu kebangsaan Jordan dan Negaraku. Di ikuti ucapan dari TYT Dato’ Abdul Malek bin Abdul Aziz, Duta Besar Malaysia ke Jordan. Selepas selesai ucapan, acara memotong kek diketuai oleh TYT Duta Besar bersama-sama isteri serta Duta-Duta Besar dari negara ASEAN. Ini melambangkan persefahaman dan perpaduan diantara satu sama lain dikalangan negara ASEAN di Jordan.

 

Majlis disambung dengan tetamu menjamu selera hidangan Malaysia dan tempatan. Sambil menjamu selera, tetamu dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu patriotik oleh PERWAKILAN Amman. Majlis diserikan lagi dengan persembahan khas nyanyian oleh TYT Duta Besar Malaysia. Dengan bersahaja, TYT Duta Besar membuat persembahan yang berjaya menambat hati para tetamu terutama rakyat tempatan dan diplomat asing. Nyanyian yang menghiburkan itu dilihat adalah salah satu cara TYT Duta Besar berinteraksi dengan tetamu-tetamu yang hadir.

 

Majlis ditutup dengan persembahan nasyid dari pelajar-pelajar Malaysia. Rata-rata para tetamu memuji dan mengucap tahniah di atas majlis sambutan pada kali ini yang dilihat mempunyai pendekatan yang berbeza dari majlis resepsi biasa.

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back