PERWAKILAN Amman dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia telah mengadakan satu majlis ringklas sempena Sambutan Maulidur Rasul pada 24 Januari 2013 yang lalu. Majlis sambutan berlangsung di pejabat Canseri Malawakil Amman bermula jam 7.30 malam.
TYT Duta Besar Malaysia, Dato' Abdul Malek Abdul Aziz telah meluangkan masa untuk menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul kali ini bersama-sama pegawai-pegawai HBS dan keluarga serta mahasiswa/mahasiswi Malaysia di Jordan
Majlis sambutan dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan uacpan ringkas Pengerusi PERWAKILAN Amman, Datin Jamilah Talib. Majlis diteruskan dengan tazkirah ringkas oleh calon PHD dari University of Jordan, Al-Fadhil Ustaz Muhamad Rozaimi Ramle yang juga merupakan pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Majlis ditutup dengan jamuan makan malam yang disediakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN Amman.