Mission News

URUSAN PENDAFTARAN PEMILIH DI LUAR NEGARA

25 July 2017 1 views

i) Prosedur pendaftaran pemilih di luar negara (sebagai pengundi baru)

 

SPR telah melantik Pejabat Kedutaan, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi dan Pejabat Konsulat di bawah Kementerian Luar Negeri sebagai Penolong Pendaftar Pemilih (Wakil Jabatan) sepertimana senarai yang telah dikemukakan oleh Kementerian Luar Negeri sebelum ini. Justeru, warganegara Malaysia yang telah berumur 21 tahun dan keatas dan berkelayakan boleh melaksanakan uru...san pendaftaran pemilih dengan hadir sendiri ke mana-mana Pejabat Kedutaan, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi dan Pejabat Konsulat dengan membawa kad pengenalan masing-masing. Prosedur berkaitan urusan pendaftaran pemilih boleh dirujuk kepada Garis Panduan Pendaftaran Pemilih Oleh Penolong Pendaftar Pemilih (Wakil Jabatan) Daripada Kalangan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Luar Negeri dan Penuntut Malaysia yang dilampirkan bersama emel ini.

 

ii) Tarikh tutup bagi permohonan pemilih luar negara

 

SPR melaksanakan urusan pendaftaran pemilih sepanjang tahun dan tiada tarikh tutup yang ditetapkan bagi urusan pendaftaran pemilih.

 

iii) Samada pemilih di luar negara perlu menunggu kelulusan SPR terlebih dahulu sebelum memohon sebagai Pengundi Pos Luar Negara

 

Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 telah menetapkan bahawa penjawat awam yang bertugas di luar negara dan pasangan mereka serta pelajar yang sedang menuntut sepenuh masa di luar negara dan pasangan mereka boleh mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH). Pendaftaran sebagai PTH boleh dibuat melalui Borang Pendaftaran Pemilih (Borang A) Siri L yang dibekalkan oleh SPR kepada Kementerian Luar Negeri. Sehubungan itu, seseorang pemilih boleh memohon sebagai PTH sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tersebut. Perincian berkaitan perkara tersebut boleh dirujuk pada garis panduan yang dilampirkan.

 

Di samping itu, warganegara Malaysia di luar negara juga boleh memohon sebagai pengundi pos dengan mengisi Borang Permohonan Kertas Undi Pos (Pengundi Pos Luar Negara) (Borang 1B) sebaik sahaja tarikh permohonan undi pos diumumkan oleh SPR.

 

iv) Samada borang permohonan pemilih di luar negara boleh dicetak terus daripada laman web SPR

 

Pendaftaran pemilih hanya boleh dibuat melalui Borang A yang telah disediakan oleh SPR iaitu Borang A Siri L. SPR tidak membenarkan pendaftaran pemilih dibuat melalui Borang A yang dicetak sendiri daripada mana-mana laman sesawang. Bagi tujuan pendaftaran pemilih tersebut, pihak Kementerian Luar Negeri boleh memaklumkan kepada SPR dari semasa ke semasa mengenai keperluan Borang A.

Share:
Link copied to clipboard
Back