Mission News

WAJIB LAPOR KEHILANGAN PASPOT

16 August 2016 1 views

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewajibkan semua pihak yang kehilangan Paspot Malaysia Antarabangsa (PMA) membuat laporan Polis mengikut peraturan yang sedia ada berkuatkuasa 27 Februari 2015.

 

KDN dalam satu kenyataan berkata, semua maklumat mengenai PMA yang dilaporkan hilang akan dikongsi dalam pangkalan data Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi memastikan PMA itu tidak disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

Warganegara Malaysia yang kehilangan PMA hendaklah melaporkannya kepada pihak polis tempatan atau pihak polis/pihak berkuasa negara yang berlaku kejadian kehilangan dan PMA yang dijumpai semula tidak boleh digunakan  malah mereka perlu membuat permohonan gantian PMA bagi tujuan perjalanan ke luar negara.

 

Pangkalan data Dokumen Perjalanan Yang Hilang dan Dijumpai (STLD) ini boleh diakses oleh beberapa negara termasuk Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Share:
Link copied to clipboard
Back