Mission News

PROGRAM SUMBANGAN MAKANAN SEMPENA BULAN RAMADAN DI NAIROBI

28 February 2026 1 views

Pada 23 Februari 2026, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Kenya telah mengadakan lawatan ke komuniti sekitar sebuah masjid di Kizito, berhampiran Nairobi. Program ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, dengan penyertaan pegawai Suruhanjaya Tinggi serta ahli-ahli PERWAKILAN Nairobi, sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan bagi membantu golongan miskin sempena kedatangan bulan Ramadan.

Program ini memberi manfaat kepada kira-kira 200 keluarga kurang berkemampuan, dilaksanakan dengan kerjasama dua NGO tempatan iaitu Hope of Africa dan SADQA Kenya. Golongan penerima merangkumi orang kurang upaya, warga emas, ibu tunggal, serta keluarga yang mempunyai kanak-kanak kecil.

Bantuan yang disalurkan berupa pek makanan asas seperti beras, tepung, gula, garam, teh dan kurma bagi menampung keperluan pemakanan keluarga. Selain itu, Pesuruhjaya Tinggi turut menyerahkan 50 naskhah al-Quran kepada pihak Masjid Jamia Kizito.

 

  

Share:
Link copied to clipboard
Back