Mission News

MAJLIS “RUMAH TERBUKA HARI RAYA” SEMPENA AIDILFITRI DI NAIROBI

13 April 2024 1 views

Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Kenya telah menganjurkan majlis ‘Rumah Terbuka” Hari Raya Aidilfitri pada hari Khamis 11 April 2024. Majlis tersebut telah dihadiri oleh para Duta, diplomat, pegawai-pegawai Kerajaan Kenya, ahli-ahli perniagaan serta rakyat pelbagai negara terutamanya Malaysia yang berada atau bekerja di Kenya. Majlis itu telah dapat merapatkan hubungan serta kemesraan antara pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan para tetamu yang hadir. Selain itu, para tetamu dapat juga melihat budaya rakyat Malaysia yang meraikan perayaan pelbagai bangsa dan agama disamping dapat menikmati makanan serta minuman yang biasanya dihidangkan di Malaysia seperti lemang, rendang, sate, roti canai, ketupat, kuah lodeh, nasi minyak, ayam masak merah, soto, pulut udang, karipap, dodol, kek lapis, berbagai jenis kuih atau biskut raya dan teh tarik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back