Mission News

PERTEMUAN ANTARA TYT RUZAIMI MOHAMAD DENGAN WARGA MALAYSIA DI SOUTH SUDAN

25 March 2024 1 views

Sabtu, 23 Mac 2024: Semasa di Juba, TYT Ruzaimi Mohamad berpeluang menemui warga Malaysia yang kebanyakannya bekerja dengan beberapa syarikat terutamanya yang berkaitan industri petroleum di South Sudan. Turut hadir adalah pegawai-pegawai PDRM yang kini menyertai misi pengaman PBB. Pertemuan di Kompleks Petronas tersebut membolehkan TYT Ruzaimi beramah mesra dan mengenali mereka dengan lebih rapat. Dalam ucapannya kepada mereka, beliau mengingatkan mereka agar sentiasa mengambil berat tentang keselamatan diri sendiri dan rakan-rakan sekerja serta saling bantu-membantu dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah selari dengan prinsip Malaysia Madani. Beliau juga berkongsi dengan mereka maklumat berkaitan bantuan konsular yang mereka boleh perolehi dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi yang bersedia memberikan bantuan kepada mereka. 

 

Saturday, 23 March 2024: During his visit to Juba, H.E. Ruzaimi Mohamad had the opportunity to meet Malaysians who mostly work for companies related to petroleum industry in South Sudan. Also present were some Royal Malaysia Police (PDRM) officers who are in the country to serve in the United Nations peace keeping mission. The meeting at Petronas Complex, Juba enabled him to know the Malaysians better and build closer relation with them. In his speech, he reminded them to always ensure their safety and also the safety of their colleagues and at the same helping each other when facing any difficulties or challenges, in line with the Malaysia Madani principles. He also shared information on consular assistance that the High Commission of Malaysia in Nairobi can offer.

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back