Mission News

SAMBUTAN MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIKH DI RUMAH MALAYSIA, 13 JULAI 2013

30 July 2013 1 views

SAMBUTAN MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIKH DI RUMAH MALAYSIA, 13 JULAI 2013

 

Minggu pertama Ramadhan di Rome, Itali disambut dengan majlis berbuka puasa dan solat terawikh di Kediaman Rasmi Duta Besar pada 13 Julai 2013. Sambutan majlis berbuka puasa ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakyat Malaysia beragama Islam yang menetap di Rome. Seramai 35 orang HBS dan keluarga serta rakyat Malaysia beragama Islam hadir pada majlis berbuka puasa dan solat terawikh yang dianjurkan

 

Setelah selesai berbuka puasa ringkas, solat Maghrib didirikan dan kesemua hadirin menyambung semula menikmati juadah berbuka puasa. Solat Isyak didirikan secara berjemaah selepas itu dan diikuti dengan solat terawikh.

 

Berbagai jenis juadah berbuka puasa disajikan oleh HBS Malawakil Rome. Diantara juadah berbuka puasa ialah nasi minyak, nasi putih, sambal petai, rendang daging, mee rebus, kari ayam, masak lemak udang cili padi, daging masak kicap, sambal ikan, ayam goreng berempah, sayur campur, masak lemak daging, sambal belacan, bubur pulut hitam dan puding roti, kuih lapis, kuih lopes, kek batik, puding jagung, bubur lambuk, dan kuih puteri ayu. 

 

Majlis solat terawikh berakhir lebih kurang pada pukul 12 tengah malam.

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back